INFO KORPORAT

Home / INFO KORPORAT

Koperasi Badan Pemuafakatan Pendidikan Malaysia Berhad (Koperasi KEMUDI (M) Berhad) telah didaftarkan pada 20 Julai 2016. Ia merupakan program di bawah Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan,  Badan PEMUAFAKATAN Pendidikan (MUAFAKAT). Syarat keahliannya adalah terdiri daripada empat kategori merangkumi kawasan operasi seluruh Malaysia iaitu:

  1. Ahli-ahli Badan MUAFAKAT (Ibubapa dan penjaga pelajar) MRSM/KM/KPM dan IPMA.
  2. Guru-guru, Pensyarah dan Kakitangan MRSM/KM/KPM dan IPMA.
  3. Ahli-ahli seumur hidup MUAFAKAT
  4. Bekas pelajar-pelajar MRSM/KM/KPM